Berita

“Tak Nak Nampak Cantik Ke?” - Selepas Ditegur Peminat, Billa Turun 24 Kg.

gempak
Syafiqah Jalal
20/02/2018
07:44 MYT
Sponsor Banner
“Tak Nak Nampak Cantik Ke?” - Selepas Ditegur Peminat, Billa Turun 24 Kg.
Penyanyi, Billa AF2015 nekad menguruskan badannya selepas ditegur peminat.
Kata Billa, disebabkan itu dia mula mengamalkan diet dan melakukan senaman bermula April tahun lepas.
“Alhamdulillah saya rasa syukur sangat sebab berjaya kurangkan 24 kg.
“Memang saya sendiri tak sangka, usaha susah payah saya selama tujuh bulan rasa berbaloi dan puas hati.
“Terus-terang saya kata tak mudah untuk kuruskan badan. Saya sendiri dah rasa bertapa sukarnya mahu turunkan berat.
“Saya berazam untuk sihat dan saya kurus bukan untuk siapa-siapa. Untum diri sendiri juga.
“Ada juga beberapa kenangan yang membuatkan saya menjadi nekad untuk kurus antaranya sering disalah sangka sudah berkahwin dan juga panggilan kakak walaupun mereka sebenarnya lebih muda pada saya,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Dalam pada itu, Bila juga berkongsi tips mudah untuk menguruskan badan.
“Air manis, itu perkara pertama yang saya lakukan dulu.
“Saya akui memang saya gemarkan air manis, kalau keluar makan tidak sah kalau tak ada dua tin air berperisa.
“Dua minggu pertama memang susah tapi lama-kelamaan saya dah biasa.
“Saya juga sering lakukan yoga dan atas bantuan peminat saya yang juga merupakan ‘coach’ senaman yang saya gelarkannya sebagai Aunty.
“Dia adalah penyebab saya mahu turunkan berat dan saya berjaya lakukannya.
“Ternyata banyak perubahan yang saya rasakan selepas berat saya susut dari 140.8 kg kepada 116.8 kg.
“Antaranya stamina saya semakin bagus dan tidak mengah ketika menaiki tangga,” jelasnya.
Terbaru, Bila kini sedang melakukan persiapan untuk mengeluarkan album mini pertamanya.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live