Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Nak Pentingkan Diri, Hafreez Adam Tolak Tawaran Berlakon - "Duit Tak Dapat, Projek 'Best' Tak Dapat"

Zulaikha Yusof
21/05/2021 06:30 MYT
Pelakon Hafreez Adam, 31, sanggup menolak tawaran penggambaran Seratus The Movie selepas dia menjadi kontrak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata dia tidak ingin bersikap pentingkan diri sekaligus membahayakan nyawa orang sekeliling.

Katanya, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan kuarantin kendiri di rumah.

"Baru-baru ini, Abe (panggilan Hafreez) tarik diri dari penggambaran #SeratusTheMovie. Rasa sangat rugi sebab projek best. Tapi sebab Abe kontak rapat pesakit Covid.

"By right, Abe dibenarkan sahaja keluar dan bekerja. Abe dah tanya. Sebab katanya, bukan Abe yang kena.

"Dan selagi keputusan PCR keluarga saya belum keluar (sebab mereka disyaki positif lepas buat RTK), jadi boleh sahaja Abe keluar kata satu kakitangan klinik ni sebab saya nak buat RTK masa tu.

"Tapi hidup zaman Covid ni kita tak boleh pentingkan diri. Saya membuat keputusan untuk tidak membahayakan orang lain dan juga produksi.

"Jadi, Abe tarik diri. Duit tak dapat, projek best tak dapat. Ralat? Yes! Tapi macam saya cakap, kita tak boleh pentingkan diri.

"Dan Abe pun buat keputusan untuk kuarantin juga. Sebab simptoms ni kadang-kadang selepas beberapa hari baru nampak atau baru dapat kesan.

"Sebab tu tak ada gambar beraya dengan mak dan adik-beradik lain. Nasib baik tiga adik Abe kuarantin sekali dengan Abe. Dengan diorang-diorang Abe tak bagi keluar. Alhamdulillah. Semua dah selesai kuarantin beberapa hari yang lepas," tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang masih mengabaikan penjarakan sosial ketika berada di tempat awam.

Tambahnya, dia bersimpati dengan nasib barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19 sejak tahun lepas.

"Tadi pergi beli stok barang dapur. Tengok orang beratur nak beli ayam, rapat nau, couple kot 9 orang tu.

"Kes dah lebih 6,000. Tengok stories, masih banyak orang pergi beraya rumah kawan atau pasangan. Orang saling salah menyalahkan, tapi sendiri pun tak jaga. Abe sampai sekarang belum beraya sekali dengan keluarga.

"Pada ketika ini, Abe cuma kasihankan frontliners. Rasanya mesti diorang dah macam tak ada kehidupan.

"Guys, kita sebenarnya tak mampu untuk pentingkan diri sendiri dah, henti tunding jari. Jaga SOP. Jaga jarak. Imbas MySejahtera tu.

"Duduk rumah bila tak ada urusan yang perlu diuruskan. Kita tak mula sekarang, beberapa tahun akan datang pun, macam ini la kehidupan kita. PKP sepanjang tahun. Fikir guys. Buat lebih baik. Untuk kita juga," tulisnya lagi.
#Hafreez Adam #COVID-19 #Kontak Rapat #Sikap Pentingkan Diri
;