HIBURAN
“Tak Nampak Batu, Nasib Sempat Brek..” - Cik B Hampir Kemalangan Pandu Lamborghini Ibu
Personaliti media sosial, Cik B mendedahkan pengalaman hampir terlibat dalam kemalangan ketika menaiki Lamborghini milik ibunya iaitu usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.
Menerusi podcast Sembang Seram yang dihoskan Safwan, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, kejadian tersebut berlaku kerana tidak menyedari kewujudan batu besar berhampiran longkang.
“Tak nampak batu, nasib sempat brek.
“Sebab tu saya tak suka sangat bawa Lamborghini. Rendah sangat,” katanya.
Sementara itu, berkongsi mengenai kenderaan yang menjadi kegemerannya, Cik B memilih Vellfire versi dua tempat duduksebagai kereta paling hebat’ dan selesa untuknya.
Baginya, keselesaan lebih penting berbanding jenama mewah semata-mata.
“Yang paling sedap? Vellfire saya lah. Vellfire dua seat je…Ada TV, boleh urut, boleh tukar jadi katil.
“Boleh karaoke lagi. Selesa gila!” katanya bersahaja,” ujarnya lagi.