Ramai yang tertanya-tanya mengapa tidak nampak kelibat pengarah sensasi, Syamsul Yusof sewaktu sambutan hari jadi anaknya perempuannya, Suamayyah kelmarin.
Sambutan yang diraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dilihat ringkas hanya bersama ahli keluarga dalam sebuah majlis yang diadakan di Restoran Haslam.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, difahamkan pelakon berusia 38 tahun tersebut memuat naik beberapa keping gambar sekitar sambutan secara kecil-kecilan itu selepas selesai berbuka puasa.
Turut kelihatan ibu bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh selain mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.
Walau bagaimanapun, kelibat suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof tidak kelihatan menerusi koleksi gambar berkenaan.
Susulan itu, ramai pengikut mempersoalkan tindakan Syamsul yang tidak hadir menyambut hari lahir puteri kesayangannya sedangkan besan pula saling merapatkan hubungan dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Malah paling sayu melihat wajah anak-anak mereka yang meraikan
"Sayu pandang wajah anak-anak syurga ni.
"Kesian Sumayyah dapat ayah tak guna yang tak datang pun ke birthday anak selepas tu claim terpaling bapa dan suami
"Anak-anak macam termenung dapat berfikir
Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengungkit semula kenyataan pengarah filem Mat Kilau itu yang kecewa apabila tidak dapat bersua muka dengan Puteri Sarah ketika melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.
Malah segelintir netizen menyifatkan inilah masa yang sesuai untuk Syamsul tampil menjernihkan keadaan sekali gus dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga.
Difahamkan Syamsul kini sedang sibuk melakukan penggambaran filem terbaharunya The Original Gangster yang turut menjadi bualan hangat mengenai perbalahannya dengan Datuk Aaron Aziz baru-baru ini.
Syafiqah Jalal
Tue Mar 28 2023


Lah, Rupanya Awkwafina Pernah Menetap Di Kuala Lumpur? Ini Kisahnya…
Rupanya Awkwafina pernah duduk sini...

Video Bruce Springsteen Jatuh Tangga Sewaktu Konsert Ditonton 7.4 Juta Kali
Lebih 7 juta views ya!

Proses Persiapan Buku Penuh Air Mata, Puteri Sarah ‘Spill The Tea’ Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam ‘Terus Melangkah’ - “Menceritakan Sisi Lain Yang Tak Pernah…”
Sarah kongsi kisah peribadi dalam buku pertamanya.

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Tahniah Polis Evo 3 boh!

Jamal Abdillah Lega Dapat Saman PRISM – “Lagu Dimainkan Di Radio Tapi Tiada Royalti”
Artis tak dapat royalti?

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”
Suka tengok Tok Jalal dengan Roy.

“Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral
Ada sebab kenapa baju Aina unik-unik.

#PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’
Memang girl crush lah Farali ni. Cantiknya.

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni
Dapat notis 24 jam.

“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Memang tak sabar!