Laman Utama
“Tak Nampak Macam Baru Lepas Bersalin” - Pusing Melaka, Penampilan Kurus Chryseis Tan Tarik Perhatian
Usahawan terkenal Chryseis Tan mencuri perhatian wargamaya apabila tampil kurus dan menawan selepas melahirkan anak sulungnya, Arianna Kyla Tan.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis memuat naik foto percutiannya di Melaka selepas tamat tempoh berpantang bersama sahabat baik untuk tatapan umum.
“Hari ni cuti daripada tugas-tugas baby,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Chryseis yang mengenakan gaun singkat berwarna putih dilihat bersiar-siar di tengah bandar Melaka Bandar Bersejarah dan menikmati makanan enak di situ.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan terbaru isteri kepada ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin itu.
“Wow awak nampak super slim! Cepatnya awak turun berat badan selepas bersalin. Cantik macam selalu,” puji seorang wargamaya.
“Kurusnya! Selamat datang ke hometown saya,” tulis seorang wargamaya.
“Tak nampak berat badan bertambah, awak nampak hebat,” komen seorang wargamaya.
“Cantiknya amoi, tak nampak macam awak baru lepas melahirkan anak pun,” ujar seorang wargamaya lagi.
Pada 16 Julai lalu, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah menimang cahaya mata perempuan seberat 2.9kg.
Imbas kembali, Chryseis dan Faliq telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Must-Watch Video