“Tak Padan Kaki Bengkak, Nak Juga Nyanyi” - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Mya Amri
Februari 25, 2018 13:37 MYT
Biarpun keadaan kaki membengkak akibat sarat hamil, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk menyampaikan sebuah lagu di majlis resepsi adik kesayangannya, Siti Sairah.
Siti menyampaikan lagu berjudul Mencintaimu duet bersama kakaknya, Saida di majlis yang berlangsung dengan meriah semalam.
[[BACA: Kaki Mula Bengkak, Peminat Jangka Siti Nurhaliza Bersalin Tidak Lama Lagi]]
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Siti memuat naik video pendek persembahan tersebut.
“Tak padan dengan kaki bengkak, nak juga nyanyi. Semoga saling menyintai #sairahxsharidan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut memuji kemerduan suara adik-beradik popular ini.
Tidak kurang juga ada yang melabelkan gelagat Siti yang ada ketikanya mengusap perut ketika menyanyi itu sangat comel.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 490 000 likes dan 600 komen.
Siti Sairah sah bergelar isteri kepada Mohd Sharidan Johari kira-kira jam 11 pagi semalam.
Majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Sairah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober 2010 namun berpisah empat tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Foto: Instagram @ctdk / @sitisairahtarudin
#Penyanyi #Penyanyi #Datuk Seri siti Nurhaliza