Nama pelakon dan penyanyi Naim Daniel tiba-tiba menjadi sebutan warganet selepas memuat naik foto tidak memakai baju di laman sosial Instagram (IG).

Hantaran tersebut telah mendapat lebih 54 ribu tanda suka dengan hampir 400 komen daripada pengikut di IG.

Bagaimanapun ada juga pengikut yang kurang senang dengan foto yang dimuat naik Naim dan menegur supaya penyanyi Sumpah itu menjaga aurat.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)


Selain itu ada juga meluahkan rasa kagum dan terkejut dengan perubahan bentuk badan Naim yang semakin sado.

Bagaimanapun, Naim yang terkenal dengan sikap profesionalnya langsung tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh pengikut di laman berkenaan.