Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Pandai Buat Benda-Benda Haram Ni”- Buat Hal, Haneesya Solek Adiknya! Serupa Tak?

Syafiqah Jalal
16/04/2019 01:29 MYT
Video pelakon dan model, Haneesya Hanee 'makeover' adiknya, Hezreek menyerupai seorang wanita mendapat perhatian netizen.

Haneesya menerusi akaun Instagram miliknya menberitahu dia sengaja melakukan solekan ke muka adiknya selepas ramai yang mengatakan wajah adiknya serupa dengan wajahnya.

Menerusi video yang dimuat naik, Haneesya mengajar adiknya pose selepas selesai di “makeover”.

Mereka berdua tidak dapat menahan gelak kerana buat pertama kali melihat wajah Hezreek disolek.

Hezreek di dalam video tersebut bagai tidak rela dan memberitahu “Abang tak pandai buat benda-benda haram ni”.

Okay so haritu hanee Makeup adik hanee @boywithz Sebab ramai ckp muka sebijik can hanee so nk tengok la Kalau Makeup apa jadi.

"This video for me sumpah lawak cos adik I hadharee can’t stop laughing n the part hezreek ckp “abg tak pandai buat benda2 haram ni” pecah perut gelak,” tulis Haneesya di dalam kapsyen.

Rata-rata turut terhibur dengan video tersebut dan akui wajah mereka serupa.

Okay so haritu hanee Makeup adik hanee @boywithz Sebab ramai ckp muka sebijik can hanee so nk tengok la Kalau Makeup apa jd??? This video for me sumpah lawak cos adik I hadharee can’t stop laughing n the part hezreek ckp “abg tak pandai buat benda2 haram ni” pecah perut gelak?????????

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

#Adik #Solek #Haneesya Hanee #Make Over