HIBURAN
Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Nak Didik Anak Hidup Bersederhana - “Mungkin Cara Saya Sedikit Berbeza…”
Mampu untuk memewahkan anak, pelakon Datin Atikah Suhaime bagaimanapun lebih selesa mendidik puteri sulungnya, Lyla Mulan Teh untuk hidup secara bersederhana.
Jalani kehidupan ikut kemampuan
Menurut Atikah atau nama Nur Atikah Mohd Suhaime, dia sendiri tidak pandai memakai barangan jenama mewah dan hanya menjalani kehidupan mengikut kemampuan sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Diganggu Entiti Ketika Bercuti, Atikah Suhaime Terpaksa Gendong Anak Kalau Tidak…
"Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa cara saya humble jaga anak. Sebenarnya tak humble pun, saya ikut cara mama saya jaga anak dulu-dulu.
"Saya orang biasa sahaja, bukan lahir-lahir terus hidup senang. Jadinya memang saya tak pandai nak beli barang mewah.
"Lainlah kalau saya lahir dari keluarga macam suami, pandailah saya pakai barang brand. Cumanya saya bernasib baik sebab berkahwin dengan suami,” kongsinya.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
Tak perlu bandingkan
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berharap orang ramai tidak membuat perbandingan cara dia mendidik anaknya dengan ibu bapa lain di luar sana.
"Jadi mungkin cara saya sedikit berbeza dengan orang lain. Walau macam mana pun, semua ibu hebat, tak kisah pakai barang berjenama atau tidak.
"Tidak perlu pun untuk membanding-bandingkan dengan orang lain cara mendidik anak,” ujarnya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Luqman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mulan pada Mac lalu.