Laman Utama
Tak Panggil Media Buat Liputan, Foto Tuan Nik Ezanee Beri Bantuan Tular Di Laman Sosial
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal sekali lagi menjadi sebutan apabila foto-fotonya memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan tular di laman sosial.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang pengguna Syahril A. Kadir berkongsi foto-foto kemunculan Nik Ezanee di kawasan perumahannya untuk tatapan umum.
Lebih menarik perhatian, lawatan Nik Ezanee itu hanya tertumpu kepada penduduk kawasan dan tidak disertai oleh pihak media.
“Lama tak dengar cerita Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee kita.
“Tup tup tadi muncul di kawasan perumahan saya bagi bantuan barangan asas pada penduduk yang tidak berkemampuan.
“Media seorang pun tak dipanggil. Ni pun penduduk letak dalam grup Whatsapp kejiranan kami.
“Jarang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) yang pangkat keris bersilang bagai atas bahu, boleh buat benda-benda macam ni. Luar biasa,” kongsi pengguna tersebut di ruangan kapsyen foto.
Menerusi perkongsian itu lagi, Nik Ezanee dan beberapa orang anggota polis datang memberikan bantuan barangan asas kepada penduduk yang terjejas sumber pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown).
Tidak hanya itu, perkongsian itu turut mendapat maklum balas Nik Ezanee yang sempat memberikan kata-kata semangat buat semua.
“Terima kasih sahabat. Setiap hari kita mempunyai pilihan. Samada nak marah atau sayang, nak bersatu atau bergaduh sesama sendiri, nak frust atau jadi sumber inspirasi, nak pentingkan diri atau memberi, nak berpeluk tubuh atau bangun dan buat sesuatu.
“Kadang-kadang susah nak pilih. Dunia ni kompleks. Pilihlah kebaikan. Insya-Allah, akan dipermudahkan,” tulis Nik Ezanee di ruangan komen.
Dengan sikap terpuji dan merendah diri itu, ramai pengguna berdoa serta berharapkan agar Nik Ezanee dapat bergelar Ketua Polis Negara suatu hari nanti.
“Semoga Allah membalas jasa mereka dengan pahala yang berlipat ganda dan ketenangan di dunia,” doa seorang wargamaya.
“Harap satu hari nanti beliau berpangkat ketua polis negara. Insyallah,” komen seorang wargamaya.
“Contoh pegawai terbaik. Semoga lebih ramai lagi yang boleh melakukan hal yang sama. Jangan dok jawab, memang ramai dah buat cuma tak ada plublisiti. Itu jawapan klise walaupun ada kebenarannya. Yang penting bangun membantu dan masyarakat tahu,” tulis seorang wargamaya.
“Semoga beliau terus istiqomah dalam membuat kebaikan. Semoga Allah membalas segala kebaikan tuan Ezzani,” kata seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada wargamaya.
Kredit foto: Facebook Syahril A. Kadir