Pemilik suara comel karakter Didi dalam animasi Didi & Friends, Nur Insyeerah Shahir mengakui tidak pernah berpantang makan atau minum demi menjaga vokal.

Sebaliknya, Nur Insyeerah atau lebih mesra disapa Nurin, 14, menjaga suaranya dengan teknik lontaran yang tepat.

"Saya menjadi suara di sebalik karakter Didi sejak berusia 8 tahun lagi.

"Selama ini saya tidak ada tips khusus untuk menjaga suara malah tidak berpantang pun seperti yang orang selalu cakap kena ikut petua tertentu.

"Saya bedal je. Apabila sudah semakin dewasa suara okeylah, tak ada berubah cuma saya kena kepit sikit," ceritanya.

Nurin menyumbangkan suaranya untuk watak Didi sejak siri animasi itu mula bertapak di Malaysia sekitar 2015.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Didi & Friends menjadi siri animasi 3D popular tempatan apabila menerapkan konsep muzikal edutainment kepada kanak-kanak.

Sepanjang lima musim, Didi & Friends turut menampilkan Konsert Hora Horey yang sudah memasuki edisi ketiga tahun ini.

Kali pertama Konsert Hora Horey Didi & Friends diterbitkan pada tahun 2018 dan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Ketika itu Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang turut muncul sebagai penampilan khas.

Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends edisi kedua dilaksanakan pada 2019 dengan penampilan khas Wakaka Crew, Izzue Islam dan Omar & Hana.

Tahun ini pula Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menemui peminat cilik mulai 25 Februari 2021 dan ditayangkan eksklusif di saluran Astro First (480).

Pekan Hora Horey kembali ceria dengan kemunculan semua karakter popular dalam siri animasi Didi & Friends.

Namun, ada kisah di belakang pentas apabila Team Nakal yang terdiri daripada Boon, Roon dan Mummy cuba mengambil alih konsert itu.

Alamak! Apa akan jadi ni?



Jom sama-sama menonton Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends sekarang di Astro First (480).

Untuk melanggan sila ke saluran 480 dan anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15 anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang. Memang puas hati!