HIBURAN

"Tak Pasti Mana Ammar Ahyan Dapat Keberanian & Keyakinan" - Datin Shahida

Amri Hassan 18/08/2025 | 06:50 MYT
Anak kepada usahawan terkenal, Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan menarik perhatian apabila tampil berani menyanyi di khalayak ramai buat pertama kali.

Momen tersebut dikongsikan sendiri oleh Shahida menerusi satu hantaran di media sosial.

“Tak pasti mana Ammar Ahyan dapat keberanian dan keyakinan menyanyi di atas pentas. Ini kali pertama ya dia menyanyi di khalayak orang ramai.

"Takpelah Ammar, yang penting keyakinan dia tu. Suara nombor 2,” tulisnya berseloroh.

Persembahan Ammar berlangsung ketika majlis penghargaan anjuran D’herbs yang diadakan bagi meraikan Affiliate TikTok, Master Partner dan leader jenama tersebut.

Menurut Shahida, majlis itu diatur sepenuhnya olehnya sendiri termasuk makanan, hiasan meja, aturcara serta hadiah kecil sebagai tanda penghargaan buat semua yang terlibat.

“Alhamdulillah selesai majlis meraikan serta penghargaan buat semua Affiliate TikTok, Master Partner dan leader D’herbs.

"Mama sendiri yang arrange semua dari makanan, setup meja, atucara dan hadiah. Buat kecil kecil je untuk menghargai semua yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, tular sepotong video Ammar Ahyan selamba menyanyikan lagu Break (Misha Omar) pada majlis berkenaan.

Walaupun pertama kali membuat persembahan, keberanian Ammar dipuji ramai.
#Viral #Menyanyi #Aliff Syukri #Datin Shahida #Ammar Ahyan #YAKIN