Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang jika ada mana-mana pihak yang meninggalkan komen berbaur fitnah di Instagramnya.
Menurut selebriti yang lebih mesra disapa dengan nama Tokti, apabila ada beberapa selebriti yang mengambil tindakan terhadap wargamaya yang melemparkan komen buruk, hal ini membuka mata mereka untuk menggunakan laman sosial secara lebih beralas.
“Selama ini kita terlalu memberi muka kepada orang ramai menulis sesuka hati. Kadang ada yang menggunakan akaun dan gambar palsu untuk menulis komen yang mengguris hati.
“Saya elakkan orang yang tak sepatutnya masuk dalam Instagram saya. Bila saya tahu orang tu menggunakan akaun palsu, saya akan terus sekat,” jelasnya kepada Gempak.
Tokti ditemui pada majlis pelancaran kempen Simplysiti Di Hati 2019 bertempat di Hotel New World, Petaling Jaya pada Rabu minggu lalu.
Mengulas tentang akaun palsu anaknya yang berleluasa, Tokti tidak kisah asalkan mereka tidak menyalahgunakan nama Aafiyah.
“Saya tak kisah kalau ada yang menjadi peminat atau nak abadikan gambar Aafiyah cuma jangan menyalahgunakan nama akaun anak saya tapi jual produk atau lebih teruk guna untuk tipu orang.
“Kadang bila nampak ada tohmahan yang dilemparkan, saya ambil pendekatan menyekat akaun tersebut. Tak payah serabut fikir, saya terus blocked.
“Tapi sekarang bila dah ada undang-undang, kena ambil tindakan yang sepatutnya untuk mengajar netizen lain supaya tak suka-suka hati kondem atau menjatuhkan maruah orang lain.
Terdahulu, pengurus peribadi Tokti, Rozi Abdul Razak telah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yan membuat fitnah terhadap penyanyi kesayangan ramai itu.
Azwa Rahman
Tue Nov 05 2019
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.