Hiburan
"Tak Payah Gigih Buat Akaun Palsu .." - Netizen Suka Sebar Aib, Faezah Elai Beri Amaran
Pelakon Faezah Elai memberi amaran kepada netizen yang sering cuba mencari salahnya ketika dia sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
Tegas Faezah individu tersebut tidak perlu gigih membuka sebuah akaun palsu semata-mata untuk menyebarkan aibnya.
“Jangan mengawasi orang lain, jangan mengintai geraknya, jangan membuka aibnya, jangan menyelidikinya..
"Sibuklah dengan diri kalian, perbaiki aibmu.. Kerana kamu akan ditanya Allah tentang dirimu, bukan tentang diri org lain..” - Sayyidina Ali Bin Abi Talib .
"Paham dak? At least I tried stage by stage to istiqomah.. You know whats the first stage untuk berhijrah? Lidah!!
"Watch ur words!! Start dengan tu dulu.. Tak payah kalut dengan org lain.. Tak payah gigih buat akaun palsu sebab nak cari aib orang lain.. Get a life.
"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. Buat lah benda yang berfaedah.
"Tengok baju sendiri dulu.. Takut terkoyak teruk dok nampak pungkoq sendiri nala punya donggu tapi dok kalut tengok hat orang punya yang belum koyak pon benang baru nak beretaih," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, Faezah sering berkongsi mengenai cara berpakaian, berfesyen dan menutup aurat di ruangannya.
Must-Watch Video