Viral
"Tak Payah Hantar Perempuan Seksi Untuk..." - Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetus Propaganda Murtad
Pelakon Ezany Nizariff tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial Facebook yang cuba memesongkan akidahnya.
Individu yang dipercayai seorang wanita itu telah mencetuskan propaganda murtad dengan memuat naik status berunsur hasutan untuk menggalakkan murtad.
"Laporan polis sudah saya buat mengenai isu propaganda murtad melibatkan akidah.
"Saya tak nak dipersoalkan di akhirat, selebihnya urusan pihak berkenaan," tulis Ezany yang turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengguna yang dikenali sebagai Sharifah Farl itu cuba memesongkan akidah dengan mengajak orang awam keluar dari agama.
Tegas Ezany dia tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba memecahbelahkan dan menghasut ke jalan yang salah.
Sehubungan dengan laporan polis yang dibuat pada Isnin lalu, Ezany masih cuba diganggu oleh pihak tertentu yang berang dengan tindakan itu.
"Nampaknya ramai Melayu murtad tengah stalk FB ini, mereka follow sebab aku terus buat laporan polis.
"Kalau berani boleh jumpa aku. Aku pun nak tengok muka Melayu murtad ni.
"Lagi satu tak payah buat akaun palsu dan tak payah hantar perempuan cantik dan seksi.
"Aku berdoa supaya kau dan keluarga kau berjumpa dengan orang yang ada ilmu. Semoga pulang ke pangkal jalan," tambahnya.
Tindakan nekad Ezany membuat laporan kepada pihak berkuasa itu mendapat pujian netizen yang turut marah dengan tindakan melampau pengguna Facebook berkenaan.