Berita

“Tak Payah Jawab Soalan Pasal Anak…”- Eleena Sui Syukur Tak Balik Kampung

gempak
Syafiqah Jalal
15/05/2020
06:25 MYT
Sponsor Banner
“Tak Payah Jawab Soalan Pasal Anak…”- Eleena Sui Syukur Tak Balik Kampung
Pengacara dan pelakon, Eleena Sui akui bersyukur apabila kerajaan tidak membenarkan rakyat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Meskipun sedih, namun dalam masa yang sama Eleena gembira kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan yang sering bertanyakan mengenai zuriat.
“Walaupun hati saya sedih bila mendengar berita mengenai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman Raya kali ini.
“Namun jauh di suduh hati ini juga saya rasa bersyukur sangat sebab saya tidak perlu menjawab soalan berkaitan anak yang biasanya ditanya oleh makcik dan pakcik saudara.
“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Salam Ramadan,” tulisnya.
Eleena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang telah memberi kata semangat kepadanya tak kurang juga berkongsi pengalaman yang sama.
Eleena dan suaminya Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live