"Tak Payah Lah FINAS, What Bulls**t Is This?" - Tony Eusoff & Ramai Selebriti Bengang FINAS Mahu Kerajaan Tapis Netflix

Asraf Aided
November 18, 2019 08:37 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham mencadangkan pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix pada Sabtu.
Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial, perkara itu mengundang perhatian ramai selebriti tanah air dan netizen yang tidak berpuas hati.
Antara selebriti yang menyuarakan pendapat mereka adalah Tony Eusoff, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Redza Minhat.
Dalam pada itu, pelakon Sharifah Sakinah juga tampil menyindir CEO FINAS menerusi perkongsian di Instagram.
Menurut Sakinah, cadangan itu tidak rasional kerana plaform Netflix sudahpun menyediakan pilihan untuk ibu bapa memilih kandungan yang boleh ditonton oleh anak-anak.
Tidak ketinggalan, Caprice juga tampil menyuarakan pendapatnya.
Menurut Caprice, jika benar pihak FINAS mengambil berat tentang soal kandungan dalam filem atau drama tempatan, mereka juga harus menapis filem-filem yang memaparkan aksi rempit, lelaki lembut dan sebagainya seperti yang bebas ditayang sebelum ini.
Tidak berdiam diri, Ahmad Idham tampil memberi kenyataan menerusi kemas kini di akaun Twitter miliknya.
Idham menegaskan bahawa pihak FINAS tidak mempunyai kuasa untuk menapis, tetapi sentiasa mencari jalan untuk memperkasakan kandungan tempatan agar dapat memberi kesan positif kepada masyarakat.
#FINAS #Netflix