Laman Utama

"Tak Payah Menggelupur Punya Nak Beli Karpet Sampai Ke Nilai 3!” – Warganet Sokong Azwan Ali!

gempak
Fiza Kamarudin
04/05/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
"Tak Payah Menggelupur Punya Nak Beli Karpet Sampai Ke Nilai 3!” – Warganet Sokong Azwan Ali!
Pengacara sensasi Azwan Ali menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya semalam (Isnin) telah membidas tindakan individu yang dianggap sebagai sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Hantaran video tersebut turut disertakan tanda pagar #sengajadiuploaded ‘Bila kes antara dua darjat makin menjadi-jadi #muhasabah’ pada ruangan kapsyen.
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut memberikan pandangannya pada isu tersebut.
“Sajalah Diva AA nak carut, you all tak payah nak menggelupur punyalah nak beli karpet sampai ke Nilai 3…
“Lepas tu tak payah menggelupur berangkut para ulama atau ustaz-ustaz ni konon menteri agama, kononnya untuk keberkatan sambut bayilah apa lah.
“Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk tapi semua pergi tempat yang selamat,” tempelaknya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat pengacara popular itu.
“Asslamualaikum Diva,kami rakyat marhaen betul-betul rasa terhina dan tak adil, SOP ni memang untuk orang-orang miskin macam kami, orang kayangan bebas buat apa sahaja! Mereka sangat kejam…”
“Salam Diva…Terima kasih kerana mewakili suara kami...”
“Assalamualaikum Divaa. Terima kasih bersuara... terbaik..”
“Sebenarnya apa Diva AA ni cakap memang betul pun. Orang kayangan takyah nak menggelupur buat apa-apa yang langgar SOP lepas tu upload dengan bangga lepas tu keluarlah perutusan media bagai.
"Dua-dua artis tu dulu saya minat, tapi sekarang dah lost respect. Tolonglah isu-isu SOP, rentas negeri ni sangat sensitif sekarang. Bangga sangat ehhh bila langgar peraturan?”
Antara komen yang ditinggalkan wargamaya pada ruangan komen.
Terdahulu dua selebriti popular Malaysia dikecam wargamaya dan mendakwa kedua-duanya sengaja melanggar SOP (dalam sebuah majlis) dan sanggup ingkar arahan kerajaan dengan merentas negeri (hanya kerana mahu membeli karpet).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live