Penyanyi Andi Bernadee menyumbang tenaganya menjadi sukarelawan untuk membantu golongan yang terjejas sepanjang tempoh pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sehingga 14 April ini.

Turun padang membantu agensi kemanusiaan Malaysian Relief Agency (MRA), Andi menjadi salah seorang sukarelawan yang menolong membungkus makanan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Andi Bernadee merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia pada masa kini. Namun beliau tidak berasa kekok menjadi sukarelawan Malaysian Relief Agency dan turut sama membantu membungkus makanan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan dan menghiburkan sukarelawan lain dengan telatahnya yang ceria dan bertenaga. p/s: Ikhlas betul Andi ini datang membantu kami. MRA mengalungkan penghargaan kepada artis artis negara yang sanggup bersama sama membantu rakyat Malaysia yang terjejas dengan bekalan makanan waktu ini. ? ------------------------------------------------------------------------------- TABUNG BANTUAN KECEMASAN COVID19 MRA RHB Bank Malaysian Relief Agency Foundation 264245 0000 7270 Boost App (Scan QR code di Profile Picture/Cover Photo/Poster) Donation Link in Bio #mra #malaysianreliefagency #covid19 #tabungbantuankecemasancovid19 #staysafe #stayathome #kitajagakita #andibrenadee

A post shared by Malaysian Relief Agency (MRA) (@malaysianreliefagency.official) on


"Ini bukan pengalaman pertama saya membantu dalam kerja sukarelawan. Sebelum ini saya sering membantu golongan gelandangan tetapi ia merupakan program yang diusahakan oleh saya dan rakan-rakan rapat.

"Kali ini, saya terpanggil untuk membantu MRA selepas melihat mereka mencari sukarelawan untuk membantu membungkus bekalan makanan untuk diberikan kepada pihak yang terjejas akibat COVID-19.

"Daripada saya tak buat apa-apa di rumah, apa salahnya jika saya turun padang membantu. Mengapa tidak? Sekurang-kurangnya, saya dapat menyumbang tenaga dan mengeluarkan peluh," kata Andi.

Pelantun lagu Donde ini juga berharap agar semua pihak melupakan status mereka untuk membantu menghentikan wabak COVID-19 yang sedang melanda.

"Jangan fikirkan status, sama ada anda netizen, anda artis, anda ahli politik... Semuanya sama, semuanya rakyat Malaysia. Dalam keadaan sekarang, kita ambil peluang untuk membantu.

Stay Positive , kita boleh ni ! @malaysianreliefagency.official

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on


"Paling mudah, kita boleh membantu dengan mengikut saranan kerajaan. Sila duduk di rumah, kita tingkatkan kesedaran mengenai situasi terkini, sebarkan aura positif serta jangan sebarkan berita palsu," kata Andi lagi.


Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!