Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Payah Nak Jakun Sangat, Biaq Pi Lah Aku Nak Pakai Apa" - Sajat Payung Foto Bikini, Halau Netizen Malaysia Komen Melampau

Amri Hassan
28/10/2021 11:14 MYT
Meneruskan perusahaan bengkung di Australia, usahawan sensasi Nur Sajat mula mempromosi tubuh badannya yang langsing menerusi foto bikini jingga di tepi pantai.

Hantaran itu bagaimanapun mendapat kecaman hebat daripada pengguna Instagram hingga ruangan komen terpaksa ditutup daripada akses netizen.

Tampil memberikan reaksi terhadap kecaman netizen, jelas Sajat, dia bebas untuk memakai apa sahaja sepanjang berada di negara terbabit dan meminta orang ramai agar tidak mengganggunya lagi.

"Korang kan memang tak boleh tengok orang senang kan? Kan dah kata Australia negara bebas kenapa korang masih lagi nak kecam-kecam macam aku kat Malaysia. Masih menyibuk.

"Aku nak pakai apa ke, nak pakai bikini ke, seluar pendek ke, tak pakai baju ke. Aku tak faham korang ni jenis suka kecam, lepas tu kaitkan dengan agamalah. Boleh tak tolong hormati kami sebagai manusia.

"Macam tak boleh terima hakikat langsung. Lemaslah! Uuu, sangkak! Tak habis-habis ganggu ketenteraman orang.

"Aku duk Australia pun tetap kena kecam, biaq pi lah aku nak pakai apa pun!

"Kat sini lagi bebas, nak pakai nau apa pun tak apa. Kat sini pula ada satu tempat tu, memang boleh telanjang bogel, tak payah nak jakun sangat, duduk jer diam-diam kat situ tak payah menyemak," tegasnya.

Mempertahankan dirinya sebagai transwoman seperti yang didedahkan sebelum ini, Sajat turut memohon agar tidak menulis komen melampau hingga menjejaskan pengaruhnya di Australia.

"Bukan nak cakap besar dah sekarang aku kat Australia, suka hati akulah nak buat apa pun. Aku nak pakai kain batik ker, Memang sekarang ni aku nak pakai baju tak cukup kain jer, aku kan transwoman. Sibuk.

"Jangan nak komen lebih-lebih tau, nanti followers aku dari Australia ni pelik pula kenapa followers dari Malaysia duk komen agresif, ganas? Hello, ini negara bebas, stop.

"Jangan nak cerita pasal agama itu ini. Tolong, kita dah tak nak dah. Jangan nak nasihat bagai.

"Biarlah aku nak pakai baju apa pun, baju budak ke, skirt labuh ke, skirt tu macam anak tudung ker, biar! Suka hati aku lah. Korang yang pakai aku tak pernah judge langsung. Tolong respek!" tambahnya lagi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Sajat telah ditahan di Imegresen Thailand pada 8 September lalu kerana mempunyai pasport yang tidak sah.

Sajat juga memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.

Untuk rekod, pada 23 Februari lalu, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Terbaharu, Sajat memaklumkan yang dia telah menerima kad hijau dan kad kuning dari negara Australia mendakan dirinya kini menjadi penduduk tetap di sana.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Viral #Netizen #Nur Sajat #Australia #Bikini #Bengkung
;