"Tak Payah Nak Sibuk Jaga Tepi Kain Orang..." - Zahida Rafik Kongsi Pandangan Terhadap Golongan Anti-Vaksin
Asraf Aided
05/08/2021 14:10 MYT
05/08/2021 14:10 MYT
Selebriti jelita, Zahida Rafik berkongsi pengalaman yang dialami selepas menerima dos vaksin COVID-19 yang pertama.
Menurut Zahida, dia mengalami masalah keguguran rambut yang banyak selepas menerima vaksin tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk mendapatkan suntikan dos kedua kerana menyedari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
"Saya bersedia untuk dos kedua vaksin saya, tapi saya nak cerita sikit, hari itu saya ambil dos pertama, rambut saya keguguran terlalu banyak, saya takut jadi botak.
"Adakah anda mengalami simptom yang sama seperti saya, sila kongsikan apa yang anda lakukan.
"Tetapi saya perlu pergi dapatkan dos kedua juga, saya harus jalankan tanggungjawab," katanya dalam sebuah video di Instagram.
Dalam pada itu, Zahida yang pernah popular menerusi filem Anak Mami The Movie memberi pandangannya terhadap golongan anti-vaksin.
Katanya, dia memahami setiap orang mempunyai pilihan masing-masing.
"Bagi saya mudah saja, dalam hidup kita ada pilihan, pilihan terserah kepada anda ( merujuk golongan antivaksin), kita yang dekat luar tak boleh paksa orang nak ambil vaksin sebenarnya.
"Kalau tak suka terserah kerana diri anda sendiri kan? Tak payah sibuk-sibuk jaga tepi kain orang.
"Anyway, kalau mereka dah sedia nanti mereka pergi lah, jangan sibuk pasal orang okay..." katanya lagi.
Difahamkan, video itu dimuat naik selepas Zahida menerima dos kedua vaksin COVID-19 semalam.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Zahida meninggalkan respon berbeza.
Ada juga yang menyarankan cara tradisional seperti penggunaan santan kelapa untuk merawat masalah keguguran rambut.