“Tak Payah Risikokan Mak Pak Hangpa” - Tak Setuju Warga Emas Dipaksa Ambil Vaksin, Netizen ‘Cancel’ Rita Rudaini
Azwa Rahman
11/07/2021 22:50 MYT
11/07/2021 22:50 MYT
Gara-gara mengeluarkan pendapat mengenai warga emas tidak patut dipaksa untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, pelakon Rita Rudaini mengundang rasa berang netizen di laman Twitter.
Menerusi ruangan Instagram Story, Rita tidak bersetuju apabila ada warga emas dipaksa untuk menerima suntikan vaksin sehinggakan perlu diangkat dan disorong di atas kerusi roda.
Malah, Rita turut mempersoalkan tujuan anak-anak yang membawa ibu bapa mereka untuk menerima suntikan vaksin adakah untuk pergi bercuti.
Tambah Rita lagi, dia bukan bersikap anti vaksin tetapi percaya ada ubat yang lebih baik dan terbukti di negara luar.
“Kalau aku anti vaksin, takde la aku pi cucuk vaksin kat anak-anak aku dulu dan aku pun divaksin masa kecik. Tak payah gigih nak kumpul dosa kering. Ada ubat yang lebih baik yang dah terbukti kat negara luar. Cuba banyak baca jangan duk himpun orang ajak mengumpat,” tulisnya lagi.
Di laman Twitter, rata-rata wargamaya tidak bersetuju dengan pendapat Rita dan berpendapat warga emas adalah golongan berisiko dan perlu dibawa untuk menerima vaksin bagi tujuan melindungi mereka.
“Nanti bila ada artis lain perli dia meroyan lima hari lima malam kata tak antivaksin lah apa lah. Followers ramai ramai pon gila. Dia ni ingat kita or orang tua kita pergi vaksin sebab nak suruh travel ke apa? Bodoh gila. Membaca malas lepas tu sebar bukan bukan. Gila!” ujar seorang wargamaya.
“Nenek aku umur dekat 80 tahun volunteer nak vaksin. Tak ada siapa paksa pun. Dia sendiri yang suruh daftarkan. Katanya nanti dah semua orang vaksin, boleh berkumpul anak cucu tanpa rasa bimbang. Tak mintak travel mana-mana pun janji boleh jumpa semua macam dulu-dulu,” komen seorang wargamaya.
“Yang uzur tu lagilah nak divaksinkan sebab diorang berisiko tinggi kena COVID-19, lagi high risk masuk ICU, apa bebal sangat ni kak Rita ui,” kata seorang wargamaya.
“Hak masing masing juga lah nak bawa mak pak depa pi cucuk vaksin. Awatlah laguni kak Rita oi,” tulis seorang wargamaya.
“Bodohnya fikir vaksin untuk travel, hello nak pi buat umrah haji pun kena jab kan, apa tah yang isu sangat suruh amik vaksin COVID-19 untuk keep everyone safe. Lagi-lagi now dengan delta variant lah lambda variant lah and god knows what else that's coming,” luah seorang wargamaya lagi.