Gaya Hidup
"Tak Payahlah Nak Minum Air Alkali, Air Detox, Air Itu Ini" - Dr Amalina Kongsi Tips Kekal Sihat
Pelbagai jenis air minuman yang dicipta pada hari ini sebagai usaha menambah tenaga serta menjaga kesihatan seseorang itu.
Namun sebaliknya bagi doktor viral, Dr Nur Amalina Che Bakri, dia hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu.
Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di 'The Royal College of Surgeons' di England, memuat naik status dalam laman media sosialnya, Twitter hari ini.
Tak payah lah nak minum air alkali lah, air detox la, air itu ini, apa banyak air lah korang nak cipta ni, I minum air masak je (in fact in the UK we just drink tap water) and I eat lots of fruits and veggies, and then I pergi gym 3-4 times a week.— Dr Amalina (@DrAmalinaBakri) June 25, 2018
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.I also go for a run in a park or by the river, I ok je, sihat je, very active and energetic and I can do my job very well. Please stop with your obsessions taking shortcuts.— Dr Amalina (@DrAmalinaBakri) June 25, 2018
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.
Tambah Amalina, hasil dari amalan tersebut, dia mampu mengekalkan tenaga dan menunaikan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video