Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

"Tak Payahlah Nak Minum Air Alkali, Air Detox, Air Itu Ini" - Dr Amalina Kongsi Tips Kekal Sihat

Kamaruddin Razal 26/06/2018 | 11:51 MYT
Pelbagai jenis air minuman yang dicipta pada hari ini sebagai usaha menambah tenaga serta menjaga kesihatan seseorang itu.
Namun sebaliknya bagi doktor viral, Dr Nur Amalina Che Bakri, dia hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu.
Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di 'The Royal College of Surgeons' di England, memuat naik status dalam laman media sosialnya, Twitter hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.
Tambah Amalina, hasil dari amalan tersebut, dia mampu mengekalkan tenaga dan menunaikan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Sumber: Astro Awani
#Viral #Viral #Dr Amalina Bakri
;