Laman Utama
Tak Peduli Dikecam, Peguam Popular Datuk Zaharil Muhaiyar Terus Bela Nasib Mangsa Teraniaya - "Saya Tak Nak Mati Nanti Disoal Kenapa Tak ..."
Niatnya ikhlas, hanya mahu membantu mereka yang teraniaya dan tidak mampu untuk membela diri akibat kesalahan dilakukan.
BERITA BERKAITAN:#GempakVideoNews : Diana Danielle & Farid Kamil Masih Suami Isteri, Kes Cerai Lanjut Disember
BERITA BERKAITAN:Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”
Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mengakui ramai yang mengecamnya apabila dia sering membantu kes-kes yang dikatakan menyentuh sensitiviti ramai.
Bagaimanapun, Zaharil punyai pendiriannya sendiri.
"Tak kena dekat keluarga awak semua, bolehlah cakap macam-macam. Cuba kalau kena pada batang hidung sendiri. Baru tahu langit tinggi ke rendah.
"Saya tahu apa yang saya buat. Saya bukan orang tak belajar. Yang penting saya bukan tak boleh minta mereka duit sampai RM100,000 ke RM200,000. Tapi kenapa saya tak minta? Sebab saya tahu bukan semua orang mampu.
"Saya tampil bantu mereka dengan niat ikhlas. Bukan sebab nak nama. Saya tak peduli orang nak kutuk atau fikir buruk mengenai saya. Saya tak nak bila mati nanti, saya disoal kenapa tak bantu orang dengan ilmu yang ada," katanya kepada Gempak.
Kata Zaharil, segala bantuan yang diberikan kepada mangsa hanyalah sumbangan kecil atas nama manusiawi.
Selain itu, kisah tular 'Abang Bas' juga turut menerima kecaman apabila dia didakwa membela individu yang tidak sepatutnya.
Ahmad Zaharil Muhaiyar, sebelum ini mewakili pemuda berusia 24 tahun yang tular sehingga tertuduh didakwa di mahkamah membabitkan kes berkaitan kanak-kanak dan hantaran jelik di laman sosial.
Ahmad Zaharil berkata, dia bersetuju membantu Abang Bas kerana melihat pemuda itu berhak mendapat keadilan menerusi saluran betul iaitu proses perundangan di mahkamah dengan menggunakan khidmatnya sebagai peguam bela.
Mengulas sedikit mengenai perkembangan kes terbabit, beliau mengakui lega apabila anak guam yang dibantu berjaya bebas daripada pertuduhan.
"Tak dapat digambarkan kalau kita dapat bantu orang.Lega sangat. Nak tidur pun tenang dan lena.
"Lantaklah orang nak cakap saya bela orang salah atau penjenayah, janji saya tahu apa niat yang saya lakukan. Jangan pandai cakap sahaja. Cermin diri dulu!
"Saya tahu siapa layak dibantu atau tidak. Saya tahu undang-undang," ringkasnya.
Datuk Ahmad Zaharil mula mendapat perhatian apabila kisah 'Peguam Kotak Pensil' dijadikan iklan raya 2024 oleh RHB Group.
Katanya, peristiwa 1998 itu apabila dia cuba membantu seorang wanita India berusia 50 tahun yang tiba di mahkamah dalam keadaan tangan bergari kerana mencuri kotak pensil beharga RM18 untuk diberi pada anaknya.
"Alhamdulillah setelah keterangan guru diambil, akhirnya majistret membebaskannya selepas mengikat selama setahun dengan syarat berkelakuan baik," ujarnya.