Laman Utama

“Tak Percaya Ada Rumah Sendiri…15 Tahun Dulu Menyewa, Tampal Surat Khabar Je Kat Dinding…” – Posting Shahida Motivasi Kepada Pengikut

gempak
Fiza Kamarudin
24/02/2022
13:26 MYT
Sponsor Banner
“Tak Percaya Ada Rumah Sendiri…15 Tahun Dulu Menyewa, Tampal Surat Khabar Je Kat Dinding…” – Posting Shahida Motivasi Kepada Pengikut
Usahawan berjaya Datin Seri Nur Shahida Rashid menerusi sebuah hantaran di Instagram, mengimbas kembali perjalanan hidupnya 15 tahun lalu.
Shahida yang juga isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi paparan sebuah video, dilihat sedang duduk bersama sambil berbual dan memerhatikan kediaman mereka.
Menurut Shahida, duduk bersembang di tepi tembok di hadapan rumah antara rutin harian mereka.
Katanya, setiap kali merenung ke arah kediaman mereka itu, dia seakan tidak percaya dengan apa yang telah dimiliki hari ini.
Berbeza dengan 15 tahun lalu, Shahida dan Aliff hanya bekerja di pasar tani untuk menjual jamu dan mereka tinggal menyewa.
Tambah Shahida lagi, ketika itu mereka tidak mampu untuk membeli langsir dan hanya menampal surat khabar di dinding rumah.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Shahida mengakui hantaran tersebut memberi motivasi kepada mereka untuk sentiasa berusaha dan tidak berputus asa.
“Even dah baca banyak kali about permulaan dato datin ni still nak tau lagi, rasa ingin tahu tu selalu ada. Sebab setiap kali baca kisah beliau, semangat tu membuak buak.”
“Satu benda saya respect pada datuk Aliff ni, walau dia kaya camana pun, harta banyak dia tetap setia dengan isteri dia..Sebab tu rezeki dia lagi melimpah ruah..syukur Alhamdulillah..”
Antara komen dan kata-kata positif warga net kepada pasangan usahawan tersebut.
Shahida dan Aliff berkenalan pada tahun 2007 dan mendirikan rumah tangga pada 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live