Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tak Pergi Karaoke Dengan Suami Awak, Okay Lah Tu" - Didi Astillah Marah Siapa?

Asraf Aided 31/10/2018 | 12:54 MYT
Seorang pengikut laman Instagram Didi Astillah telah mengkritik kakaknya, Bella Astillah yang menerima 'verified badges' di laman sosial berkenaan.
Perkara tersebut berlaku di ruangan komen sebuah entri yang dikongsi Didi.
Menurut netizen terbabit, Bella mendapat tanda berkenaan disebabkan Afifah Nasir yang telah menaikkan namanya.
"Kakak kau over excited dapat verified badges, dia patut berterima kasih pada Afifah Nasir.
"Disebabkan Afifah, nama dia ada sekarang walaupun tak ramai pun yang kenal," tulis netizen.
Selain itu, individu berkenaan turut menuduh Bella membeli pengikut di Instagram dan mendakwa Didi dan Bella gilakan populariti.
Tidak mendiamkan diri, Didi tampil membalas komen berkenaan.
"Alhamdulillah asalkan saya happy dengan kehidupan macam ni.
"Kami tak bersaing dengan siapa-siapa, beli followers, mana bukti?
"Biarkan je kakak saya tu famous, selagi dia tak sakitkan hati awak, tak pergi karaoke dengan suami awak, okay lah tu," tulisnya.

Tak sangka boleh dapat muka lebih bulat dari kaklong @bellaastillah sekarang .. eh ?? Ahahahhaa

A post shared by DA (@didiastillah) on

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang memberikan komen positif dan memuji kejelitaan yang dimiliki oleh adik beradik ini.
#Didi Astillah
;