Gaya Hidup

Tak Perlu Aplikasi Lain, Sekarang Dah Boleh Hasilkan Sticker Whatsapp Dengan Mudah! Ini Caranya

gempak
Izwan Isa
13/01/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Aplikasi Lain, Sekarang Dah Boleh Hasilkan Sticker Whatsapp Dengan Mudah! Ini Caranya
Sticker merupakan salah satu elemen yang kerap digunakan oleh pengguna Whatsapp ketika berkomunikasi.
Kini, perkongsian sticker menjadi lebih menarik dan mudah menerusi ciri baharu yang diperkenalkan Whatsapp menerusi kemas kini aplikasi yang terkini.
Caranya mudah sahaja:
1. Pada ruangan sticker, klik butang berbentuk pelekat seperti biasa
2. Seterusnya, pilih ‘Create Sticker’
3. Kemudian, anda boleh memilih gambar dari galeri dan menyunting mengikut selera anda
4. Anda juga boleh melukis sebarang corak yang diingini dengan menggunakan ciri suntingan tambahan sebelum menekan butang ‘done’ dan seterusnya berkongsi sticker dengan teman-teman anda.
Namun, kemas kini ini diperkenalkan secara berperingkat dan pengguna Whatsapp pada iPhone yang menggunakan iOS 17 dan ke atas.
Selain iPhone, anda juga boleh menyunting dan berkongsi sticker menggunakan Whatsapp Web.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live