Hiburan

"Tak Perlu Awak Nak Mengingatkan Orang Lain Kerana Allah Kan Ada .." - Disekat Di IG, Rita Rudaini Bidas Pemilik Akaun Palsu Yang Bersangka Buruk

gempak
Zulaikha Yusof
24/04/2020
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Tak Perlu Awak Nak Mengingatkan Orang Lain Kerana Allah Kan Ada .." - Disekat Di IG, Rita Rudaini Bidas Pemilik Akaun Palsu Yang Bersangka Buruk
Tindakan pelakon Rita Rudaini berkongsi sebuah rakaman video mengaji bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna telah menimbulkan rasa kurang senang seorang warganet.
Individu terbabit yang menggunakan akaun palsu telah menegur Rita supaya tidak selalu berkongsi aktiviti beribadah bagi mengelakkan timbul perasaan riyak.
"Baguslah didik anak membaca Al-Quran tapi hati-hati yer jangan aktiviti mulia ibadah ditontoni di ruang siber terlalu kerap. Sebab ditakuti akan trselit perasaan riyak.
"Kita ni manusia walau tak bnyak sikit dalam kita nak buat kebaikan pun syaitan tak lepas nak goda hati kita. Sebab memang syaitan tak kan peluk tubuh.
"Syaitan akan timbulkan perasaan suka menunjuk suka dipuji setelah menunjuk. Takut nanti niat asal baik kita ikhlas bercampur dengan dosa dari lintasan hati dan lagi kita pun tak nak anak-anak kita terikut semua ibadah mesti dimuat naikkan di media sosial untuk diperhatikan. Sekadar berkongsi dan mengingatkan. Wallaualam," tulisnya di ruangan komen.
Bintang filem Mami Jarum itu perasan dengan kehadiran nasihat tersebut lantas terus membalasnya.
"Insya-Allah. Allah lebih mengetahui. Niat untuk mengajak orang ke arah kebaikan ke atau untuk menunjuk-nunjuk. Saya dah besar, awak dah besar, semua orang dah besar.
"Tak perlu awak nak mengingatkan orang lain kerana Allah kan ada. Biar Allah yang mengadili dan menilai seseorang itu kerana dia lebih arif.
"Takut bila kita bercakap kalau tak betul nanti jatuh fitnah atau bila kita menegur atas sebab nak tunjuk kita hebat atau niat lain contoh dengki dan iri hati tetapi diselindung dengan cara konon sekadar berkongsi atau sekadar memperingati. Seperti guna akaun palsu untuk konon menegur.
"Allah lebih mengetahui dari kita hamba yang hina ni...Sama-sama awak dan saya kita semua beristighfar bila terlintas berfikir buruk terhadap manusia lain," tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar menyatakan tidak akan ke mana sekiranya sering mempunyai perasaan buruk sangka dalam diri.
"Kalau macam tu ustaz yang upload di medial sosial nak cakap dorang apa? Menunjuk-nunjuk untuk dipuji atau berkongsi kebaikan?
"Tak perlu bersangka buruk dengan orang ye. Tak kan habis kalau awak asyik nak bersangka buruk kat orang ni. Ramai lagi manusia kat muka bumi ni. Yang tu biaq ALLAH swt saja yang tau, bukan kerja awak," tulisnya lagi.
Rita juga mendedahkan dia telah disekat (block) oleh orang tersebut.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah Covid-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024