Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Tak Perlu Cantik Tapi Kena Bersih” – Cik Manggis Pegang Kata-Kata Ayah Untuk Kekal Menawan

Mya Amri 24/06/2020 | 11:21 MYT
Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis memegang kata-kata bapanya sebagai panduan untuk sentiasa kelihatan cantik.
Menurut Cik Manggis, definisi cantik bagi dirinya adalah kebersihan dan tahap keyakinan diri seseorang.
“Masa saya kecil dahulu, saya bukanlah seorang yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Untuk menjadi cantik memang saya tidak nafikan kita perlukan usaha.
“Macam saya, saya akan sentiasa kata pada diri yang saya ini cantik supaya kita tidak rasa ‘down’. Untuk cantik kita perlu ada rasa yakin.
“Lagi satu, saya ambil kata-kata nasihat daripada bapa… Katanya kita tidak perlu cantik tapi kita kena bersih. Bila kita bersih automatik akan jadi cantik.
“Bersih itu sahaja sudah cukup untuk merangkumi semua seeprti jaga kebersihan kulit, kebersihan diri.
“Lagi satu kena rajin, jangan buat sekali je dah rasa putus asa. Memang akan ambil masa tapi hasilnya kita sendiri akan puas hati. Saya kalau bab-bab kulit dan kesihatan memang rajin,” katanya ketika dihubungi Gempak.
BACA: “Orang Panggil Jalak, Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan” - Cik Manggis Kini Lawa Macam Barbie Doll
Terdahulu, Manggis sebelum ini menarik perhatian ramai selepas berkongsi foto sewaktu zaman persekolahan.
Foto tersebut membuatkan ramai yang terkejut kerana penampilan dan perwatakan Manggis sangat berbeza berbanding sekarang.
#Cik Manggis
;