Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Perlu Duk Hidu Kotak Sabun, Ikuti 5 Cara Mudah Ini Untuk Memilih Sabun Mandi

Amri Hassan
02/10/2020 00:40 MYT
Terdapat pelbagai jenis sabun mandi di pasaran, namun kita sering keliru untuk memilih jenis sabun yang bersesuaian dengan kulit sendiri.

Salah pilih sabun akan menyebabkan kerengsaan pada kulit terutama individu yang memiliki kulit sensitif.

Berikut merupakan cara mudah untuk memilih sabun mengikut pandangan pengusaha produk sabun mandi LFiz, Hafiz Helmi dan Azmi Helmi.



1. Ada agen pelembap

"Kebanyakan sabun yang dipasarkan akan menyebabkan kulit pengguna kering.

"Jadi, cara terbaik adalah mencari sabun yang mempunyai ramuan bahan pelembap tambah pula dengan cuaca tropika di Malaysia," katanya.

2. Bau menyegarkan

Perkara yang sering dilakukan oleh pengguna setiap kali mencari sabun pasti cuba menghidu bau sabun di pasaran.

Haruman yang wangi dan menyegarkan akan membuatkan pengguna rasa lebih selesa dan tenang.

"Kita nak sabun yang boleh merawat dan meninggalkan haruman yang menyegarkan. Pasti tak selesa jika anda memakai sabun berbau macam ubat," tambahnya.

3. Tiada bahan berbahaya

Banyak produk kosmetik yang menggunakan paraben sebagai salah satu ramuan.

"Ia agak berbahaya untuk kulit, tolong elakkan!" pesannya.

4. Harga berpatutan

Biar alah membeli, menang memakai! Pastinya anda tidak mahu berbelanja lebih untuk produk yang tidak berkesan.

Selain semak reviu daripada pengguna terdahulu, apa salahnya jika anda membuat sedikit tinjauan perbandingan harga sabun semasa sebelum membeli.

"Kita mesti mahukan produk terbaik pada harga yang okey. Harga murah tak semestinya tak berkualiti, harga mahal tak semestinya bagus," sarannya.

5. Sesuai dengan kulit

Ada pengguna yang punyai kulit sensitif dan alah dengan beberapa bahan dalam sesuatu produk.

Jadi, kenali jenis kulit anda sebelum membeli sesuatu produk termasuk sabun mandi.

"Pastikan produk seperti sabun mandi misalnya sesuai untuk pengguna yang ada kulit sensitif," jelasnya.

Khasiat-khasiat terbabit sebenarnya terkandung dalam produk sabun mandi awet muda LFiz!

A post shared by LFIZ (@lfizbeauty) on


LFiz yang dijual serendah RM9.90 punyai 15 ramuan termasuk minyak argan yang punyai manfaat untuk kesihatan kulit dan menyegarkan.

Sabun LFiz juga berfungsi untuk merawat sel kulit, melembapkan kulit, mengurangkan parut jerawat, punyai kandungan vitamin C & E untuk mencerahkan kulit serta menjadikan kulit lebih segar dan licin.

LFiz turut melantik beberapa selebriti tempatan antaranya Jaafar Onn, Rina EVA, Khaty Azean dan Afie Utopia sebagai pengurus jualan di beberapa kawasan sekitar Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan Gombak.

#LFiz #Sabun Mandi #Tips Pilih Sabun
;