Gara-gara berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir, bintang program All Together Now Malaysia (ATNM) dan juga pelakon Najua P.Ramlee menerima kritikan netizen.

Rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati kerana mereka mendakwa Najua tidak sepatutnya berada di final kerana ramai lagi yang mempunyai suara jauh lebih bagus dari dirinya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Najua berjaya kerana menggunakan populariti datuknya iaitu bintang lagenda Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Tidak cepat melatah, Najua bagaimanapun memberikan respon berhubung kecaman netizen yang diterimanya.

“Alhamdulillah dan terima kasih pada setiap ucapan positif dan kecaman tapi rasanya tak perlu kot mencaci hina dan makian segala. Kenapa kalian koyak? Aduhai,” tulisnya menerusi posting terbaharu dia akaun Instagramnya.

A post shared by Najua Pramlee (@najuapramlee)

BACA: All Together Now Malaysia Dah Buka Tirai! Ini Recap Konsert Pertama Malam Tadi

Dalam episod yang berlangsung pada Ahad, Ajoi mendapat markah penuh sebanyak 100 yang sekaligus melayakkannya mara ke konsert final.

Sementara rezeki memihak kepada Najua P Ramlee dalam pusingan sing off bersama Ayla apabila dia memperoleh markah yang lebih tinggi bagi menemani Ajoi ke final.

ATNMY disiarkan pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.

Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.