Laman Utama
“Tak Perlu Lockdown, Amalkan 5 Langkah Ini” - Saintis
Tidak perlu menjalani ‘lockdown’ atau penutupan penuh di seluruh negara sekiranya lima langkah amalan kesihatan ini diamalkan semua pihak.
Demikian penerangan saintis terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauic.
Jelasnya, kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan kebanyakan kes yang didapati di negeri-negeri Amerika Syarikat.
“Tidak perlu penutupan sepenuhnya jika semua orang mematuhi amalan kesihatan awam asas.
“Mereka hanya perlu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, elak kawasan sesak khususnya di kawasan tertutup dan melakukan aktiviti yang dibenarkan di dalam atau di luar bangunan.
“Selain itu orang ramai perlu kerap membasuh tangan,” katanya.
Dr. Fauci berkata demikian ketika di Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) baru-baru ini.
Jelas Dr. Fauci lagi, usaha untuk mendapatkan vaksin ketika ini juga amat penting.
"Sebelum COVID-19 bermutasi ketika pandemik ini, adalah wajar negara mendapat vaksin untuk menhalang penyebaran virus," katanya.