Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Perlu Malu Ke Kedai Pajak Gadai, Ini Kelebihan Cagar Emas & Berlian

Syafiqah Jalal
02/04/2021 00:06 MYT
Jika dahulu, masyarakat melihat fungsi kedai pajak gadai lebih kepada golongan yang memerlukan wang secara kecemasan, kini tidak lagi.

Situasi ekonomi terkini menyebabkan kedai pajak gadai seperti Ar-Rahnu Express menjadi pilihan utama bagi ahli perniagaan memperoleh modal pantas bagi mengembangkan operasi.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato Sri Meer Sadik Habib berkata kini, masyarakat tidak perlu malu untuk ke Ar-Rahnu Express kerana fungsi dan manfaat memajak emas dan berlian kini lebih banyak.

“Tak perlu malu ke kedai pajak gadai dan kita perlu tukar mind set ini. Data pelanggan Ar-Rahnu Express menunjukkan berlakunya pertambahan pelanggan dari golongan usahawan yang memerlukan modal pusingan dengan segera dan mudah.

“Antara kelebihan berurusan di Ar-Rahnu Express bagi golongan usahawan ialah pelanggan hanya perlu membawa barang kemas dan kad pengenalan untuk mendapat perkhidmatan pembiayaan dengan segera.

“Masyarakat kini semakin celik dengan kelebihan barang kemas dan berlian sebagai pelaburan alternatif di samping instrumen pelaburan yang lain”, katanya kepada Astro Gempak.

Meer Sadik ditemui ketika pelancaran Ar-Rahnu Express dengan sebuah konsep baharu bagi cawangan di Mydin USJ dengan reka hiasan dalaman yang berwajah baru dan moden.

Tambah beliau lagi, memajak emas berlian juga merupakan fungsi yang lebih kurang sama dengan pinjaman bank.

“Di Ar-Rahnu Express, anda boleh dapatkan pinjaman wang sementara ketika memajak emas. Biasanya orang lakukan itu untuk menggunakan wang pergi menunaikan haji dan umrah atau membiayai pelajaran anak yang mungkin hendak ke luar negara dan sebagainya,” jelasnya lagi..

Ar Rahni Express di Mydin USJ bakal memberi pengalaman yang berbeza berbanding dengan konsep sedia ada bagi pajak gadai patuh syariah. Cawangan Ar-Rahnu Express ini menyediakan pelbagai fasiliti tambahan seperti bilik VIP untuk pelanggan yang memerlukan privasi, tempat duduk dilengkapi dengan palam pengecas bagi telefon bimbit dan ruang menunggu pelanggan yang disertakan dengan mesin kopi dan teh layan diri.

Ar-Rahnu Express merupakan sebuah anak syarikat di bawah kumpulan HABIB yang telah beroperasi lebih 10 tahun dan mempunyai sebanyak 8 cawangan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan mereka termasuk pembiayaan mikro di samping memberi perkhidmatan percuma seperti penilaian barang kemas, cucian barang kemas dan pengiraan zakat barang kemas.

Waktu operasi Ar-Rahnu Express adalah setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum. Ar-Rahnu Express sebagai ahli kumpulan HABIB memiliki kepakaran tinggi dalam penilaian emas, berlian, batu permata dan mutiara. Ini membolehkan Ar-Rahnu Express untuk menerima pelbagai jenis emas termasuk jongkong emas, dinar, emas rosak, emas putih, dan berlian bersijil.
#Emas #Malu #Pajak #Cagar #Berlian #Gadai
;