VIRAL
"Tak Perlu Malu, Semua Orang Pakai" - Izzue Islam Jual Seluar Dalam
Pelakon, Izzue Islam, kini membuka cabang perniagaan baharu dengan melancarkan koleksi seluar dalam (boxer) di bawah jenama IzzuExclusive.
Izzue, 28, berkata, dia tidak merasakan menjual seluar dalam adalah sesuatu yang memalukan kerana pakaian tersebut adalah keperluan harian individu tidak kira lelaki atau wanita.
“Ini juga merupakan salah satu percubaan untuk bisness IzzuExclusive sebab biasanya kalau nak beli boxer, kena dapatkan di pusat beli belah. Kali ini mereka boleh beli terus secara online melalui instagram @izzuexclusive.
“Saya tak perlu malu sebab semua orang pun pakai seluar dalam. Bagi saya, dalam berniaga jika malu, sukar untuk maju. Cuma kena berhati-hati dengan sensitiviti dan cara untuk mempromosikan jenama,” katanya kepada Utusan Online.
Dalam pada itu, Izzue juga bakal melancarkan single baharunya, My City yang merupakan lagu berbahasa Inggeris pertamanya.
Tambah menarik, My City adalah lagu berkisarkan tentang tanah kelahirannya, Kelantan.
“Satu percubaan yang mengujakan. Tak sabar hendak melancarkan My City,” katanya
Sumber: Utusan Online
Must-Watch Video