"Tak Perlu Mini Pelamin & Grand Dress" - Majlis Merisik Ringkas Ain Edruce Dipuji Netizen

Hanafis Haris
April 19, 2019 11:15 MYT

Model, pengacara dan pelakon Nurul Ain Edruce atau Ain Edruce telah selamat dirisik kekasih hatinya, Amirul Hafiz.

Berita gembira itu telah dikongsi menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

"I don’t know where to start... The best picture I had so far. ALHAMDULILLAH" katanya.

Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Ain serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Malah ramai juga yang memuji majlis merisik itu yang dilakukan secara ringkas.

Ini antara kata-kata netizen yang di tinggalkan di ruangan komen entri Instagram Ain.

#Bertunang #Pelamin #Ain Edruce