Skip to main content

Trend Pasaran

Tak Perlu Pening! 5 Fungsi Ini Dah Cukup Jadikan Hadiah Terbaik Ramadan Buat Orang Tua Tersayang

y5.jpg
Setiap kali tiba bulan puasa atau menjelang raya, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman.
 
Ye lah, setelah lama berada di ibu kota mencari rezeki, sudah tiba masanya untuk kita pulang melawat orang tua di kampung.
 
Namun rasanya tidak manis jika pulang dengan tangan kosong bukan? Sesekali buat la mereka gembira dan tersenyum dengan kejutan atau hadiah.
 
Dalam memilih hadiah pula, pastinya kita mahukan hadiah yang praktikal, tahan lama, bersesuaian dan paling penting mampu milik.
 
Jika anda masih terfikir apa yang hendak di cari, cadangan kami adalah HUAWEI Y5 2019!
 
Jadi apa yang ada pada HUAWEI Y5 ini?

#1 Hadiah Ramadan Terbaik Buat Ibu Bapa, Nenek Atau Atuk Kita



Jangan anggap penggunaan telefon pintar tidak penting buat warga tua ya.
 
Mereka mungkin nampak seperti tidak memerlukan fungsi yang canggih namun hakikatnya banyak teknologi yang memudahkan warga tua.
 
Contohnya kalau rindu dekat anak, masa itulah fungsi video call mereka nak guna.
 
HUAWEI Y5 mempunyai pakej lengkap untuk memenuni keperluan itu.
 
Jika ia diberikan sebagai hadiah, bolehlah orang tua kita tu mengambil gambar, menonton video dan filem menerusi paparan skrin ‘dewdrop’ sebesar 5.71  inci.
 
Paling penting kapasiti bateri 3,020 mAh juga mampu bertahan seharian lamanya.
 
Dengan harga yang berpatutan, HUAWEI Y5 pastinya hadiah paling berbaloi!

#2 Harga Murah, Tapi Kamera Masih Kekal Hebat! Boleh Rakam Momen Keluarga



Kelebihan utama HUAWEI Y5 ini adalah pada kualiti kameranya.
 
Peranti ini dilengkapi kamera 13 Megapixel (mp) dengan apertur f/1.8 pada kamera hadapan.Dengan lensa bersaiz ini, imej yang dihasilkan amatlah cantik dan tajam.
 
Ia juga dilengkapi teknologi terkini yang membolehkan gambar diambil dengan lebih terang dan tajam walaupun ketika kurang cahaya. Gambar kekal fokus dengan kadar noise yang kurang.
 
Jika digunakan oleh individu yang berusia, HUAWEI Y5 ini memang boleh diharap dalam semua keadaan.
 
Tidak perlu memikirkan segala setting kamera, hanya buka aplikasi dan tangkap gambar! Semudah itu.

#3 Tidak Perlu Bimbang Kalau Memori Full!



Ok lets face it guys, pada usia mereka yang sudah tua, masalah memori penuh bukanlah di bawah kepakaran mereka.
 
Jadi jangan susahkan mereka dengan masalah kecil ini.
 
Biarpun kebanyakan warga tua tidak menggunakan storan yang banyak, namun jika perkara ini berlaku mungkin ia akan menjadi satu masalah dan beban buat mereka.
 
Oleh itu, kadar storan dalaman amat dan tambahan amat penting dalam pemilihan telefon pintar.
 
HUAWEI Y5 menyediakan 32GB storan dalaman serta tambahan pada ruang slot kad. Peranti ini dilengkapi tiga slot, dua untuk simkad nano manakala satu lagi untuk memori kad.
 
Paling penting kad slot menyokong penggunaan sehingga 512GB! Besar okay!
 

#4 Jimat Masa Dengan Wajah Orang Tua Anda




Wajah orang tua anda bukan lagi hanya untuk tatapan anda bagi menghilangkan rindu, ia juga boleh digunakan untuk unlock telefon mereka.
 
Ternyata walaupun dijual pada harga bawah RM500, namun HUAWEI Y5 masih menyediakan fungsi yang selalunya ada pada peranti flagship.
 
Jangan terkejut kalau ibu bapa atau nenek dan atuk anda mampu unlock telefon dengan hanya 1.5 saat, walaupun ketika penggunaan berat.
 
Jika keadaan gelap pun tiada masalah kerana peranti akan menaikkan tetapan cahaya untuk berfungsi dengan lancar.
 
Fungsi ini bagus untuk warga tua yang adakalanya lupa kata laluan telefon pintar mereka.

#5 Rekaan Kukuh Tetapi Masih Bergaya


 
Selain tampil dengan harga berpatutan, peranti ini juga sarat dengan perincian mewah solid.
 
Antara yang menjadi fokus adalah varian warnanya.
 
HUAWEI Y5 hadir dengan tiga warna iaitu Midnight Black dan Spphire Blue.
 
Namun, jika anda mahukan lebih menarik, terdapat edisi istimewa yang menggunakan material seakan leather iaitu Amber Brown.
 
Tekstur ala leather ini mengurangkan calar, kotoran serta cap jari. Malah penggunaan material ini juga tidak licin, sesuai digunakan oleh mereka yang agak cuai.
 
Mudah digenggam dengan hanya satu tangan!
 
Jika anda masih tertanya-tanya spesifikasi penuh HUAWEI Y5 ini, anda boleh lihatnya di bawah:

 
  • 13MP f/1.8 kamera utama
  • 5MP kamera depan dengan fungsi ‘intelligent beautification algorithms’
  • 3 slot kad
  • 2GB RAM+32GB of ROM dengan  512GB storan tambahan
  • Face Unlock lebih laju walaupun kurang cahaya
  • 5.71" paparan skrin dewdrop dengan 84 peratus ‘screen to body ratio’
  • Bateri sebesar 3,020 mAh (typical value*)
  • Tekstur ala Leather dengan tiga varian warna, Modern Black/Amber Brown/Sapphire Blue;
  • EMUI 9.0+Andriod 9.0 Pie.


Jadi apa tunggu lagi, masa ini lah nak kongsi rezeki bersama keluarga tercinta.
 
HUAWEI Y5 2019 dijual pada harga sangat berpatutan iaitu RM459 dan boleh didapati pada semua kedai rasmi HUAWEI.
 
Anda juga boleh beli secara atas talian yang dijual pada 31 Mei ini. Untuk maklumat lanjut sila layari https://consumer.HUAWEI.com/my/ atau laman Facebook HUAWEI.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video