Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Tak Perlu Pening Fikir Nak Beli Hadiah Apa" - Memey Suhaiza Dapat Hadiah Jambangan Duit Sempena Anniversary!

ZULHILMI JALIL 25/09/2020 | 05:35 MYT

Pasangan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan semalam.

Sempena hari yang cukup bermakna itu, pasangan tersebut meraikannya di sebuah restoran yang terletak di Menara Kuala Lumpur.
Begitupun, apa yang mencuri tumpuan adalah hadiah yang diterima Memey daripada suaminya.
Sudah menjadi kelaziman, antara hadiah yang sering diberikan kepada pasangan adalah jambangan bunga.
Namun, berbeza sedikit kali ini apabila Norman memberikan isterinya jambangan duit buat isteri tercinta.
Menurut Norman, dia sengaja memberikan hadiah berupa duit untuk memudahkan isterinya membuat pilihan sendiri barang yang ingin dibeli kemudian nanti.
"Alhamdulillah ada orang tu gembira sangat dapat bunga ‘money’ bouquet macam tu.
"Senang kita orang lelaki tak perlu pening fikir nak beli hadiah apa. Kita beri macam ni pandai-pandai nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul-betul dia nak," kata Norman.

Us celebrating our 9th Anniversary?Makan2 borak2 sampai tak tau pukul berapa,sedar2 tengok keliling orang dah takde & @atmosphere360official dah kemas2 nak tutup? . . Alhamdulillah ada orang tu happy sangat dapat flower a.k.a ‘money’ bouquet mcm tu.Senang kita orang lelaki takyah pening fikir nak beli hadiah apa,kita kasi mcm ni pandai2 nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul2 dia nak? . . Apapun terima kasih untuk semua ucapan & doa??Segala yang baik2 datang dariNya☝?Semoga segala kebaikan melalui doa2 itu kembali semula kepada yang mendoakan..Aamiin Ya Rabb??❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Sementara itu, Memey menerusi entri di Instagram mengakui cukup gembira dengan pemberian yang cukup bermakna daripada Norman itu.
"Selalu dapat bunga pun gembira dah, tak sangka rasa jambangan bunga macam ni. Lain lagi perasaannya. Nak selalu..boleh mummy berbelanja", katanya.
Di ruangan komen, rata-rata cuba menebak jumlah wang tunai yang diterimanya dalam bentuk jambangan tersebut.
Ada yang meneka jumlah wang kertas bernilai RM50 itu berjumlah RM2,000 keseluruhannya.
"RM2,000, cerah mara tengok jambangan bunga macam ni.
"Kepoci betul kita dok kira berapa duit Memey dapat," komen sebahagian pengikutnya.

Senyum lebar mummy mlm ni? Selalu dapat bunga pun happy dah.. tak sangka rasa jambangan bunga mcm ni ...lain lagi perasaan nya?? Tq suami @normanhakim_786 .. Nak selalu .. boleh mummy shopping kat @khalifahjewels ?

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Memey dan Norman mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.

#Memey Suhaiza #Norman Hakim #Anniversary
;