Hiburan
"Tak Perlu Salahkan Sesiapa Atau Cari Sebab Ketentuan" - Nora Kenang 2 Bulan Pemergian Arwah Anak
Penyanyi Nora Ariffin akur dengan pemergian anak keduanya, Allahyarham Alif Johan dua bulan lalu.
Kata Nora, tidak perlu menyalahkan sesiapa atau mencari punca kehilangan anaknya itu.
"Hari ini genap 2 bulan anakanda Alif Johan pulang ke Rahmatullah.
"Memang benar... Ajal, rezeki dan jodoh adalah rahsia Allah.
"Kita kena akur dan tak perlu menyalahkan sesiapa atau mencari asbab sesuatu ketentuan.
"Cuba kita renung & lihat kejadian hari ni. Macam-macam berlaku.
"Kita manusia banyak kekurangan & tidak sempurna....penuh dengan dosa. Sama ada yang kita sedar atau tidak. Sama-sama muhasabah diri," tulis Nora.
Peminat penyanyi lagu Renungan Terakhir itu memuji ketabahan Nora dan memberikan kata-kata semangat agar terus kuat.
Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 secara mengejut di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur selepas menghantar Nora ke lapangan terbang untuk ke Singapura.
Alif adalah anak kedua daripada empat bersaudara hasil perkahwinan Nora dengan Johan Nawawi.
Komposer terbabit meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
Must-Watch Video