Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Tak Perlu Serba Salah” -  Rider Perjelas Mengapa Pelanggan Tidak Perlu Risau Order Waktu Hujan!

Hanafis Haris 29/11/2020 | 09:16 MYT

Perkhidmatan penghantaran makanan boleh dikatakan antara yang kerap diguna pakai khususnya ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Dengan kesibukan bekerja di rumah, pastinya perkhidmatan tersebut memudahkan orang ramai untuk memesan makanan.

Namun, antara persepsi yang mungkin bermain di fikiran pengguna ketika ini, adakah wajar untuk memesan makan ketika waktu hujan.

Keadaan hujan lebat ditambah pula dengan jalan raya yang licin pastinya membuatkan ramai bersimpati.

Walau bagaimanapun, menerusi satu posting dimuat naik oleh seorang individu di Twitter telah pun mengubah persepsi berkenaan.

Semuanya gara-gara maklum balas yang diterima oleh kebanyakan penghantar makanan atau ‘rider’.

“Sila lah pesan makanan. Itu saja cara untuk naikkan pendapatan kami.

“Kami terharu anda semua bersimpati terhadap kami, namun dalam situasi itu kami sendirin yang memilih untuk bekerja.

“Jadi tak perlu risau tentang hujan semua. Minta bersabar je sebab adakalanya hujan mungkin lambat sampai,” kata seorang rider.

Sementara itu seorang lagi ‘rider’ juga turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Aku sebagai rider Food Panda, korang order je tak apa kami hantar.

“Buat kami lagi rasa dihargai bila customer tulis note supaya tak perlu rushing and be safe,” katanya.

Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 2,100 kali dan menerima lebih 20,000 likes.

#Makanan #Grab #Rider
;