Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Perlu Ungkit Kisah Lama” - Setahun Bercerai, Farawahida Kini Isteri Orang... Cinta Berputik Di Gelanggang Badminton!

Hanafis Haris
20/03/2021 13:18 MYT
Penyanyi, Farawahida enggan kisah kegagalan rumah tangganya yang lama diungkit kembali.

Menurut Farawahida, dia sudah menganggap perkahwinan bersama bekas suaminya itu sebagai tiada jodoh.

"Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu," katanya.

Menurut Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, dia turut mengabadikan peningkatan usia 36 tahun semalam sebagai hari pernikahannya.

"Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini.

"Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu waktu malam.

"Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka," katanya.

Jelas Farawahida, perkenalannya dengan Zulkifli Alias berputik di gelanggang badminton.

"Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa apa. Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.

"Selesai bermain badminton, bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap. Saya pun sejak solo, malas nak fikir pengganti. Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam.

"Ikutkan saya pernah memuat naik gambarnya dan teman lain masa bermain badminton di Instagram. Cuma ia berlalu begitu saja tanpa mencetuskan apa apa mahupun dihidu sesiapa. Hujung tahun lalu, kami bagaimanapun mula rapat," katanya.

Menurut Farawahida, dia sendiri menyukai lelaki yang sederhana dan tidak terlalu 'loud'

"Ciri ciri itu ada pada suami saya," katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Tanpamu itu bernikah dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping, Perak

Sehari sebelum bernikah, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam di rumah Inap, D'Studio Homestay Changkat Jering.

BACA: Ingatkan Tunang, Rupa-Rupanya Farawahida Selamat Bernikah Kali Kedua

Pada majlis pertunangan, Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al Quran.

Sekadar info, Farawahida pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.

Namun, sekitar tahun 2017 penyanyi itu dikhabarkan telah bercerai apabila tidak lagi memuat naik gambar bersama suami.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata
#Viral #Tunang #Farawahida #Farawahidakahwin
;