Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali akui terkejut sebaik sahaja menerima perkhabaran Faisal Halim disimbah asid.

Menurut Safee, dia sendiri tidak pernah menjangkakan insiden extreme seperti itu berlaku dalam dunia bola sepak negara.

“Saya tak pernah sangka, tak pernah bayangkan perkara seperti ini akan berlaku di negara kita. Saya pernah melalui zaman yang fenomena dan berada di negara orang.

“Tak pernah terlihat dan terjadi kejadian seperti ini. Ini menunjukkan, saya rasa extremenya seorang peminat bola sepak di Malaysia,” katanya.

Safee berkata demikian ketika ditemui Gempak pada majlis doa selamat dan bacaan Yassin yang berlangsung di surau Astro, Bukit Jalil pada Rabu.


Kawal emosi

Dalam pada itu, Safee juga menasihatkan peminat bola sepak supaya mengawal emosi dan menerima apa juga keputusan dalam setiap perlawanan berlangsung.

“Saya rasa pengajaran dan edukasi harus dilakukan oleh semua pihak untuk mengawal emosi dalam semua permainan, ketika permainan dan menerima sebarang keputusan perlawanan.

“Kalah menang, adalah kalah menang. Kalau dah kalah pun esok ada lagi permainan jadi tidak mengapa sekiranya kalah.

“Tak mengapa untuk terima kekalahan, kalau kalah kita bangkit daripada kekekalahan itu dan bagi lagi positif pada saya,” ujarnya.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

BERITA TRENDING: Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak

Terdahulu, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.

Pada awalnya tahap kelecurannya berada pada tahap dua, namun tindak balas asid yang kuat menyebabkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat berada pada tahap empat selepas pembedahan pertama

BERITA TRENDING: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun

Selain Faisal, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian berlaku di Terengganu pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini turut mengalami kecederaan.

Terbaharu, seorang lagi bintang bola sepak, Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi pada Rabu.

BERITA TRENDING: Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi