“Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” - Abby Abadi
Gempak
09/02/2024 04:55 MYT
09/02/2024 04:55 MYT
Sejak beberapa hari lalu, nama Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan netizen susulan khabar angin yang mengatakan dia telah pun bernikah dengan lelaki bernama Aslam, yang turut bergelar suami orang.
BERITA TRENDING: "Lawan Semua Dengan Doa" - Abby Abadi
Tidak hanya itu, kakak ipar kepada Aslam turut mengesahkan khabar angin yang mendakwa pasangan itu telah selamat bergelar pasangan suami isteri di Songkla, Thailand.
Agak lama berdiam diri, ibu kepada Marissa, pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersuara.
Menerusi Instagram Story, Abby mendedahkan yang dia tidak pernah mengesahkan bahawa anaknya telah bernikah. Dalam masa sama, Abby turut memberitahu yang dia tidak pernah membela atau pun memenangkan anaknya sejak isu tersebut tersebar.
Aslam yang difahamkan masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
Pada September tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.
Untuk rekod, isu rumah tangga Normah Hakim pernah menjadi sorotan suatu ketika dahulu apabila Abby Abadi, iaitu isteri kepada Norman pada waktu itu mendakwa suaminya mengadakan hubungan dengan orang ketiga, pelakon Memey Suhaiza yang kini bergelar isteri Norman sehingga ke hari ini.