Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn gembira kerana dihadiahkan iPhone 11 oleh suaminya itu.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun Instagram dan YouTube milik mereka bersama.

Menurut Ozlynn, Johan bukanlah seorang suami yang romantik dan tidak pernah memberi bunga, namun Johan selalu mengejutkannya dengan kejutan 'sweet'.

"Kadang-kadang seronok ada suami yang suka manjakan isteri ni, cuma yang tak seronoknya bila terlalu manjakan, sampai kadang-kadang melampau dia layan isteri.

"Dia tak romantik, tak pernah dapat bunga walau bunga tahi ayam sekalipun, tapi dia suka buat benda-benda sweet macam ni," tulis Ozlynn sebagai kapsyen di Instagram.

Video itu dirakam ketika mereka berada di kedai jualan telefon pintar.

Dalam video penuh yang dikongsi di laman YouTube, Johan telah membelikan iPhone 11 yang berharga RM6,889 buat isterinya itu.

Ozlynn kelihatan gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Johan.

Sekadar info, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.