Maharaja Lawak Mega 2021

“Tak Pernah Dia Teringin Kereta Mewah, Baju Branded” - Isteri Dedah Sikap Atu, Rajin Dan Humble Patutlah Sentiasa Murah Rezeki

gempak
Mya Amri
21/10/2021
02:45 MYT
Sponsor Banner
“Tak Pernah Dia Teringin Kereta Mewah, Baju Branded” - Isteri Dedah Sikap Atu, Rajin Dan Humble Patutlah Sentiasa Murah Rezeki
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari berkongsi kisah tentang sikap suaminya yang juga merupakan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2021).
Mungkin ramai yang melihat Atu sebagai penghibur, sentiasa tersenyum dan membuat orang ketawa namun disebaliknya pelawak itu juga pernah berdepan dengan dugaan hidup.
“Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia. Tak pernah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.
“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Tak ada lah mahal sampai tak masuk akal… Tapi reward untuk dia yang penat bekerja…
“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 150… Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak… Ikan kadang-kadang Atu jual dari rumah ke rumah,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Tambah Shafeeqa lagi, sebelum mengenali Atu kehidupan mereka berdua sangat berbeza.
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu tak ada. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit.
“Dia lepas SPM terus nak bekerja. Berbeza dengan saya, abis SPM ayah suruh ambil kursus perakaunan. Lesen kereta motor saya ada sejak umur saya 17 lagi. Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia.
“Dia nak capai tahap tak nak terkesan dengan makluk tu susah sangat. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakaplah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia,” tulisnya.
Jelas Shafeeqa lagi, Atu sebenarnya tidak sangka rezekinya berada di pentas seni kerana sebelum ini suaminya itu tidak terfikir untuk menjadi selebriti.
“Jadi artis bukan cita-cita Atu ya. Dia pun tak terjangka yang rezekinya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu islam itu memang dari saya bercinta lagi dengan dia. Jadi saya tunjuk apa yang saya tahu.
“Ya! Saya lah yang ajar dia Alif, Ba, Ta sampai satu tahap saya minta dia berguru dengan ustaz yang betul-betul.
“Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan. Baik berguru kan. Kan. Sekarang? Duk pulun ajar Sumayyah pula… Lagi payah rupanya ajar anak ni.
“InsyaAllah, saya happy jika suami saya happy… Dia bukan orang senang… Tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya,” coretnya.
Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Jangan lupa saksikan MLM2021 setiap Jumaat, 9 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLM2021 juga boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Bakat Terpadu’, MLM2021 ini bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Untuk perkembangan terkini MLM2021, layari laman web rasmi di www.gempak.com/maharajalawakmega
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024