Tak Pernah Dicuci Hampir 3 Dekad, Kardigan Legenda Milik Kurt Cobain Terjual Pada Harga RM1.4 Juta
Azwa Rahman
29/10/2019 11:36 MYT
29/10/2019 11:36 MYT
Sehelai kardigan ikonik yang pernah dipakai oleh mendiang vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain telah terjual pada harga USD 334,000 (RM1.4 juta) dalam satu acara lelongan di New York pada Sabtu.
Kardigan tersebut dipakai sewaktu Nirwana membuat persembahan untuk MTV Unplagged pada tahun 1993.
Menurut penganjur acara, Julien’s Auction, kardigan tersebut merupakan pakaian paling mahal yang dijual sepanjang acara lelongan ini berlangsung.
Apa yang membuatkannya begitu istimewa dan mahal? Menurut presiden Julien’s Action, Darren Julien, kardigan tersebut tidak pernah dibasuh selama tiga dekad dan masih ada kesan terbakar akibat rokok yang dihisap oleh Cobain.
Bagi pengumpul barangan rare, kardigan ini pastinya antara barangan yang sangat bernilai walaupun ia hanyalah sehelai baju.
Satu lagi barangan milik Cobain yang terjual adalah gitar khas Fender Mustang yang digunakan sewaktu jelajah konsert album In Utero.
Gitar tersebut antara gitar yang masih ‘terselamat’ kerana Cobain terkenal sebagai penyanyi yang gemar memusnahkan gitarnya selepas tamat persembahan.
Gitar yang terjual pada harga USD 340,000 (RM1.43 juta) itu sebelum ini dipamerkan di Rock and Roll Hall of Fame sebelum dilelong.
Pada tahun 1994, bintang utama Nirvana tersebut didapati mati bunuh diri pada usia 27 tahun.