Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Tak Pernah Gurau Pergi Duduk Surau" - Zara Zya Tuju Dekat Siapa Tu?

Asraf Aided 14/05/2019 | 09:40 MYT
Aktres Zara Zya meninggalkan komen yang mengundang perhatian netizen di entri yang dimuat naik oleh Aeril Zafrel menerusi akaun Instagramnya.
Di entri tersebut, Aeril berkongsi potongan video babak yang dilakonkan bersama Janna Nick.
Menerusi babak tersebut, Janna melakonkan watak isteri durhaka yang memarahi suaminya (watak Aeril) hanya kerana tersalah membeli sayur bayam.
Melihat babak tersebut, Zara meninggalkan komen yang berbunyi :
"Saya pun benci bayam tapi saya tak pernah mengamuk macam ni tau, entah apa-apa kan?"
Komen itu mengundang perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai respon berbeza, ada juga yang mempersoal sama ada Zara mengecam Janna atau pengarah drama terbabit.
"Zara Zya ni ayat boleh makan dalam, kecam pengarah ke kecam watak Lisa, atau kecam Janna Nick," tulis netizen.
Tidak berdiam diri, Zara membalas komen-komen netizen tersebut secara umum tanpa memetik nama sesiapa.
"Netizen wahai netizen, ini kan gurau. Tak pernah gurau pergi duduk surau, bulan puasa ni muhasabah diri okay," tulisnya.

disebabkan salah beli sayur . sy diperlakukan sebegini?? malam ini #cariakudisyurga 10 malam @tv3malaysia #kecamlisa

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Sedikit info mengenai Zara, pelakon kelahiran Perak ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Zara Zya
;