Berita

"Tak Pernah Kami Kata NO Kat Dia" - Nourul Depp Terkenangkan Arwah Ibu, Kongsi Gambar Ibu Mentua

gempak
ZULHILMI JALIL
11/03/2020
04:01 MYT
Sponsor Banner
"Tak Pernah Kami Kata NO Kat Dia" - Nourul Depp Terkenangkan Arwah Ibu, Kongsi Gambar Ibu Mentua
Penyanyi Nourul Deep terkenangkan arwah ibunya dengan berkongsi gambar dirinya bersama ibu mentuanya, Germanie.
Bahkan, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, berkata dia membayangkan begitulah wajah dirinya bersama arwah ibunya, Salmah Ibrahim sekiranya masih hidup.
"Mak ganti ni je yang ada. Kalau arwah mak masih ada, macam ni lah rupa kami dengan mak kami. Tak pernah kami kata NO kat dia.
"Kecuali satu hal dengan bekas (suami) dulu. Itu pun sebab taat kat laki. Sejenis anak Pak Wahab yang taksub lelaki.
"Tapi itu rasa kami dapat memberi kenikmatan syurga buat mak abah kami di sana Insya-Allah. Hasil didikan mereka suruh setia dan taat pada suami. Insya-Allah. Beri yang terbaik ya Allah buat ibu bapaku. Ampuni dosa-dosa mereka," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Lepas kena buli dengan @irethmia kita pi facial. Bawak mak mertua pi. Suka dia! . Dia kata mata dia puffy. Dok risau. Takpa lah Germaine oi. Dah 80 tahun. Janji badan kuat dan kesihatan baik. #birthdaytreat birthday dia bulan 5 nu! Kasi kaw kaw . #makganti ni ja ada. Kalau arwah mak masih ada, macam ni lah rupa kami dengan mak kami. Tak pernah kami kata NO kat dia . Kecuali satu hal dengan bekaih dulu. Tu pun sebab taat kat laki. Sejenih anak pak wahab yang taksub lelaki kata bassist exist encik musa radhi??? . Tapi itu rasa kami dapat memberi kenikmatan syurga buat mak abah kami di sana InsyaAllah. Hasil didikan depa suruh setia dan taat pada suami. InsyaAllah. Amin amin. Beri yang terbaik ya allah buat ibu bapa ku. Ampuni dosa2 mereka. . Okay. Nangis sudah. Nak tulih lain, pi tulih lain. Oh ya lah jugak no.... “masa itu setiap bulan” ... patutlahhhh??? . Bukan free time. Tapi curi masa yang ada. ♥️ . Sapa rindu mak bapak depa? Angkat tangan!! Sapa yang masih ada ibu bapa, call depa lekaih! Kami ni dah takdak. Nasib ada mak pak mertua yang boleh “bersengkokol!” ?? (yang sporting) . #deppfamily #thedepps #anakpakwahabmisisalmah #alfatihah #nouruldepp #germainedepp #ladydepp
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Pelantun lagu Sehati Sejiwa itu turut menasihati mereka yang masih mempunyai ibu bapa untuk terus mencurahkan bakti.
"Siapa rindu ibu bapa? Angkat tangan!! Siapa yang masih ada ibu bapa, telefon mereka cepat. Kami ni dah tak ada. Nasib ada ibu bapa mentua yang boleh 'bersengkokol' (sporting)," tulisnya.
Perkongsian Nourul itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Wah, 80 tapi masih sihat, hebat tu..Nourul pun baik tu mak mentua pun sayang.
"Seronoknya dapat mak mentua yang baik.
Suka sangat tengok sis dengan ibu mentua. Lebih-lebih lagi bila berdua cakap Perancis," tulis sebahagian netizen.
Nourul mendirikan rumah tangga dengan usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Terdahulu, Nourul berkahwin dengan komposer dan penyanyi Ajai dan dikurniakan seorang anak Ayu Nazirah.
Saksikan program Nourul yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live