Hiburan

“Tak Pernah Keluar Bersama, Dia Suami Orang Lah” – Yang Jiwon Nafi Bercinta Dengan Jo Jung Suk

gempak
Mya Amri
19/10/2018
02:57 MYT
Sponsor Banner
“Tak Pernah Keluar Bersama, Dia Suami Orang Lah” – Yang Jiwon Nafi Bercinta Dengan Jo Jung Suk
Anggota kumpulan K-Pop, UNI.T, Yang Jiwon menafikan dakwaan bercinta dengan pelakon Jo Jung Suk.
Jiwon menjelaskan perkara itu dalam satu temubual bersama EDaily baru-baru ini.
Kata Jiwon, gosip tersebut tidak benar dan dia juga tidak pernah keluar bersama dengan suami kepada penyanyi Gummy itu. “Semuanya tidak benar. Saya terkejut sebaik saja tahu mengenai dakwaan itu. Sejujurnya saya sendiri tidak pernah keluar dengan dia.
“Saya hanya pernah berlakon bersamanya beberapa tahun dahulu. Kami hanya berinteraksi melalui group chat sekali sekala sahaja.
“Apatah lagi untuk bertemu, bercakap di telefon atau mesej, memang tidak pernah sepanjang lima tahun ini,” ujarnya. Tambah Jiwon lagi, dia juga sudah mempunyai kekasih dan kini sedang bahagia.
“Dia suami orang dan saya juga sudah mempunyai kekasih. Gosip itu memang tidak masuk akal tetapi tuduhan mereka itu menyakitkan saya.
“Saya dah pernah merasai betapa peritnya apabila difitnah dengan gosip sebegini. Saya harap mereka yang menyebarkan gosip ini menerima hukuman yang setimpal,” katanya.
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live