Aktres Intan Najuwa meluahkan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan bumi Madinah selepas tiba pada 26 Januari lalu.

Kata Intan dia berasa bersyukur kerana mendapat peluang bersama ahli keluarga di tanah suci.

"Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika ya Habiballah.

"Subur terakhir di Madinah. Sebaknya rasa hati. Berat sangat nak tinggalkan.

"Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku peluang untuk menikmati rasa ini," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya, hari ini.



Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela akui tidak dapat menahan air mata kerana pengalaman yang dirasai itu sangat bermakna.

"Rasa yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Besarnya kuasa mu ya Allah.

"Tak pernah menangis dan rasa sebak macam ni. Perasaan untuk meninggalkan Madinah itu nyata.

"Saya doakan semua sedara Islam saya dapat rasa kenikmatan ini, doa saya sentiasa dengan anda semua," tulisnya lagi.